Assalamualaikum..
Kali ni excited sangat nak cerita pasal run ni.. Saya rasa sepanjang penglibatan saya dlm dunia lari-lari sejak Januari tahun ni.. ini lah run yang paling mewah!!! Ha ha ha
Okay, Mega Maju New Generation Run 2019 ni diadakan pada 18 Ogos 2019 yang lepas di Publika. Kami cuma bayar RM35 jer. Saya join run ni sebab husband saya yang register dulu. So, saya pun ikut la jugak. Kami bayar awal 3-4 bulan sebelum kot. Sebelum hari run ni.. bila kawan-kawan tanya apa next event kau.. saya jawab Mega Maju New Generation Run. Mereka semua terpinga-pinga. Macam tak glamer gitu tau.
Sehingga la hari nak amik race kit di Publika. Haaa ni nak mula cerita pasal event run yang paling mewah kami pernah sertai. Ha ha ha.. Masa ambil race kit di Publica tu.. punya la kami terkejut bila terima bermacam-macam goodies. Kami ni tadah beg jer kat crew. Kebetulan kami ambilkan race kit untuk kawan juga.. so jadi banyak sgt. Bila dikira-kira, ada 9-10 goodies kami terima. Kami balik dari ambil goodies dengan perasan happy gila.. tak pernah ambil race kit dapat goodies payung you alls.
Oh ya.. sebab utama juga kenapa husband saya join run ni ialah bila dia tengok ada lucky draw. Alaaa sebelum ni pun ada juga run yang kami join ada lucky draw. Tapi Mega Maju New Generation Run punya lucky draw memang luck la kalau siapa menang sebab mewah-mewah tau hadiah dia. Sebab tu la beria-ia kami nak join juga.
Kali ni peserta sekitar 500-600 orang. Ramai yang perempuan ha ha ha.. dan ramai juga yang laju-laju weii.. aku tak tau la depa ni dapat energy dari mana dan kaki brand apa.
Route kali ni ialah di sekitar Publika saja. Banyak juga turun bukit. Bila turun bukit memang saya bedal la.. Tak la laju sangat.. tapi lari tak berhenti la. Situ jer yang boleh pulun dan kaki tak berapa lenguh kalau turun bukit kan. Jadi, masa kilometer keempat tu, saya tengok garmin saya, wahh pencapaian yang baik. Tapi selepas tu.. dah nak dekat-dekat sampai dia bagi bukit pulak. Situ jer dah spoil..
Oh ya.. kali ni punya run bib pun ada cip. Bila ada cip ni memang best la sebab kita boleh tengok kita di tempat ke berapa among all the peserta. Tapi jangan haraplah time tu juga kita boleh check sebab sistem keep on updating siapa yang sampai. So, kena tunggu sejam lebih baru kita boleh tengok kita di tempat ke berapa. So, ini saya punya result.
Medal yang kami dapat agak besar juga kaler silver. Saya cakap dengan husband "macam medal sekolah bang kalau sekali pandang". Ha ha ha tapi tak kisahlah.. berat juga dan tebal.. bukan nipis mcm unicorn run tu.
Ada juga penyampaian hadiah untuk pemenang larian no. 1, 2 dan 3. Haaa mewah tak mewah bila hadiah di tempat pertama ialah RM1000. Tempat ketiga RM500 tau. Semua cash!!!!
Mengenai lucky draw pulak.. hadiah utama dia yang paling mahal ialah sebuah basikal yang bernilai hampir RM10k!!! Itu lah hadiah yang diidam-idamkan oleh husband saya. He he he.. selain tu ada hadiah lucky draw mini ipad, jam fitbit, airpod, apple watch dan banyak lagi la.. memang best-best la.. ramai peserta yang tunggu sehingga habis cabutan lucky draw. Disebabkan peserta ramai yang perempuan, jadi yang menang lucky draw perempuan juga la. Kami? Kami pun sama tunggu sampai habis juga hari tu. tapi tak ada rezeki pulak.
Okay la.. till we meet again. Next run insya allah Mid Valley Charity Run pada September nanti. Itu pun nampak gaya macam best jer. Okay.. tunggu kay.
Love, Murni Amir
No comments:
Post a Comment