Assalamualaikum..
Anak saya yang nombor 2, Laila, kalau tiba musim raya hanya dua jenis kuih saja yang dia suka. Rainbow cookies dan popia nestum. Dia tahu kalau rainbow cookies agak sukar nak dapat skat rumah orang. Sekarang dah tak in dah rainbow cookies ni. Jadi dia lebih mencari popia nestum. Dia tau popia nestum mesti ada orang buat.
So, dah habis musim raya, baru lah mak dia rajin nak layan buatkan popia nestum untuk anaknya. Senang saja rupanya buat popia nestum ni. Bahan-bahan pun tak banyak nak kena guna.
Bahan2:
2 cawan nestum
1 cawan horlick
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1 pack popia (50 keping)
sedikit tepung gandum + air untuk dijadikan gam
Tu saja bahan-bahannya. Caranya kita blend la nestum, horlick, gula dan susu tepung hingga betul-betul halus.
Selepas tu, popia tu kita gulung dengan cara ambil sebatang lidi penyucuk sate dan kita gulung kulit popia. Gamkan hujungnya dengan menggunakan tepung yang dah dicampurkan dengan air sedikit. Lepas tu, kita tarik la lidi tu keluar. Letakkan di atas pinggan dan tutup kulit-kulit popia yang dah digulung tu dengan kain atau tisu supaya ia tidak mengeras. Maaf ler.. utk step yang tu saya terlupa nak snap gambar. Kulit popia yang dah digulung tu kemudiannya saya gunting secara menyerong. Satu gulung popia tu saya gunting 8. Saya rasa dah sedang elok dah size kalau dipotong 8.

Panaskan minyak dengan api yang kuat. Bila minyak dah panas..goreng la kulit popia tu. Bila masukkan saja kulit popia tu, saya akan perlahankan api. Bila kulit popia dah mula berwarna keperangan saya akan kuatkan semula api dan goreng sehingga betul-betul garing. Ntah kenapa ntah saya buat macam tu.. mungkin saya nak kulit popia tu masak sepenuhnya luar dan dalam. Bila dah abis goreng semua kulit popia yang dah digulung tu.. saya tunggu dalam 5 minit dulu.
Saya sediakan satu balang untuk kocakkan kulit popia bersama serbuk nestum yang sudah diblend dengan bahan-bahan yang lain. Ini adalah disebabkan saya tak berapa suka dengan popia nestum yang terlalu banyak serbuk. Jadi, saya masukkan kulit popia ke dalam balang tu..
saya letakkan beberapa sudu dahulu serbuk nestum dan saya tutup balang tu. Lepas tu saya kocak. Dah puas kocak saya akan rasa satu popia nestum tu. Kalau saya rasa popia tu tak cukup lagi disaluti serbuk nestum, saya akan tambah lagi beberapa sudu dan saya akan kocak lagi balang tu. Bila dah berpuashati, dengan menggunakan sudu, saya akan alihkan popia yang telah dikocak tu ke dalam balang yang lain agar tak banyak sangat serbuk nestum dalam balang yang lain tu.

Nak buat popia nestum ni sebenarnya sekejap jer. Tapi saya buat tu atas bantuan anak-anak juga. Buat itu buat ini.. Ambil itu ambil ini. Bagi saja arahan. He he he. Hari tu saya buat setengah adunan saja iaitu 25 keping kulit popia saja. Sejam je dah siap semua. Alhamdulillah.
Jom buat popia nestum you alls. Selamat mencuba ya..
Love, Murni Amir.
Jom buat popia nestum you alls. Selamat mencuba ya..
Love, Murni Amir.
No comments:
Post a Comment