Assalamualaikum..
Sabtu lepas, weekend yang lepas.. apa yang kami plan semuanya lari dari plan asal. Kononnya pagi tu nak jogging di Taman Tasik Metropolitan, terpaksa cancel sebab anak ada kelas tambahan. Tukar plan ke pasar tani selepas hantar anak ke sekolah. Kononnya lepas pergi pasar tani, nak balik rumah.. tapi tukar plan ke Restoran Mak O Mak ni pulak sebab kami dah ternampak restoran ni masa berjalan ke pasar tani. Restoran baru di Taman Melawati. Tengok dari luar nampak menarik. Ramai orang pulak tu sedang makan. Mesti best ni.
Sebenarnya tak nak makan sangat pun pagi tu sebab nak simpan perut utk makan tengahari di Ikea nanti. So, hanya nak minum-minum kopi dan makan simple-simple saja. Saja nak merasa restoran baru ni jer sebenarnya.
Restoran ni simple je tapi sedap mata memandang. Dari luar pun simple jer. Tapi dah cukup untuk menarik customer datang. Itu pasal la kami pun tertarik juga. Tu la..tak pasti nak panggil restoran atau cafe.. nak kata restoran tapi nampak macam cafe.. nak kata cafe tapi lebih kurang restoran.. ha ha ha.
Masuk ke dalam restoran ni pun, sama juga... interiornya sangat simple. Tidak sarat. Macam cafe di Korea pun ada juga (tak pernah pergi pun korea tu tapi selalu tengok di tv). Ada chiller untuk cake. Mungkin restoran ni masih baru jadi saya lihat kek-kek pun tak banyak lagi.
Dah nama pun Mak O Mak, pilihan makanan pun adalah dari masakan melayu. Tapi untuk pilihan minuman banyak yang orang putih sikit (he he he). Hari tu kami cuma order telur setengah masak, french fries, kopi O dan Nasi lemak ayam goreng berempah. Total ialah RM28. Nasi lemak ayam goreng berempah not bad. Sambal sedap. Apa-apa pun nasi lemak ni tertakluk kepada sambalnya kan.
Insya Allah akan repeat ke restoran ni lagi sebab anak saya yang sulung, Izzah, tak merasa lagi makan di sini. Hanya kami bertiga je hari tu.. Insya Allah.. boleh la merasa menu yang lain pulak nanti..
Jadi, restoran/cafe ni terletak di Lorong Kedah, Melawati Square, Pusat Bandar Taman Melawati. Landmark dia ialah berdekatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara Taman Melawati. Dekat sangat dah tu. Restoran/cafe dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu. Tutup pada hari Ahad. Jom datang you alls..
Love, Murni Amir
No comments:
Post a Comment