Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidiladha. Kali ni beraya di KL saja. Tak terasa macam nak beraya sangat pula. Raya kan hari Ahad.. hari Jumaat sebelum raya tu, masih ramai lagi yang bekerja sehingga petang. Termasuk la saya ni.. kawan-kawan pun masih ramai macam tak balik raya. Ramai yang dengarnya pakat balik raya esoknya hari Sabtu pagi. Haaa amik la.. Sabtu pagi.. seawal jam 7 pagi saya tengok jalan dah jem.
Bila tiba hari raya pula.. kami macam biasa solat raya dulu. Selalunya kami solat di masjid di Taman Melawati. Tapi kali ni kami solat di masjid di taman perumahan kami jer. Saja nak meramaikan. Lepas tu baru lah kami berkumpul di rumah mak saya. Makan-makan lepak-lepak hingga tengahari. Lepas tu kami berangkat pegi ke Balai Seni Lukis Negara. Haaa? Buat apa? Saja nak tengok replika potret Monalisa kat situ.
Dah penat pusing..lebih kurang dekat jam 3 petang husband saya ajak minum-minum, lepak-lepak di Restoran Pokok. Kami tak pernah pergi pun. Husband pun tak pernah pergi katanya.. tapi kawan-kawan dia pernah datang. Macam menarik.. itu pasal dia ajak.
Kami tiba jer di sana, restoran full house. Kami diminta berikan nama dan nanti dia akan panggil bila ada meja kosong. Hmmm.. ada la lebih kurang hampir 15 minit tunggu. Ramai juga yang que menunggu meja kosong.
Tempat ni cantik.. very relaxing.. tapi biasalah bila dah ramai jadi agak bising sikit la. Tapi interiornya okay not bad. Simple but nice.
Okay lah.. jom kita tengok menunya. Menu pun simple jer. Kertas simple yang dicetak menu only black n white on it.
So, kami hanya order Chicken & ROcket Gourmet Sandwich, Chili Padi Pesto Pasta, Signature Truffle Fries, Chocolate Mousse Cake, Hot Chocolate dan Peach Passion Ice Tea.
Chicken & Rocket Gourmet Sandwich ni kami ingatkan my Signature Truffle Fries.. Jadi kami semua bantai makan sama-sama.. sekali tiba-tiba datang Signature Truffle Fries yang sebenar. Terkejut la kami. Baru la waiter kata yang kami makan sebelum tu ialah Sandwich tu.. tak nampak pulak mana chickennya. Rupa-rupanya ayamnya dimasak bersama-sama sayur hingga kami tak nampak mana ayamnya.. ha ha ha..
Ni la Signature Truffle Fries yang sebenar. Boleh la.. macam fries yang selalu kita tengok. Ha ha ha ha..
Tapi ini part yang paling mengejutkan dan buat Laila frust. Apabila Chili Padi Pesto Pasta yang laila order sampai. Terbeliak kami tengok pasta tu. Ye la.. kami ni kadang-kadang kekampungan sikit. So bila tengok benda yang pelik sikit mula la resah. Warna hijau kau pasta dia.. ha ha ha.. Laila dah bengang... bila dia rasa pun tak mencapai piawaian yang dikehendaki. Dia kata, dia ingatkan chili padi pesto pasta ni macam aglio olio.. tak sangka pulak bila sampai warna hijau!!! Saya rasa pun agak kurang la.. Tapi akhirnya habis juga. Laila makan sikit, saya makan sikit dan husband saya makan sikit. Settle!!
![]() |
nampak tak muka frust dia..? ha ha ha ha |
Chocolate Mousse Cake tu pulak.. rasanya kalau dimakan dalam keadaan yang sangat sejuk lagi sedap. So, saya rasa cake tu biasa-biasa je..
Disebabkan laila frust dengan food dia, saya belanja dia lagi makan waka waka icecream. Sebenarnya ia adalah gelato. One scoop untuk 1 flavour berharga RM8. Tapi kalau nak mix the flavour jadi la RM9. Boleh la..
So, kesimpulannya..maaf banyak-banyak Restoran Pokok.. harganya mahal.. Mungkin juga bukan taraf kami. apa yang kami order tidak menepati citarasa kami. Tapi mungkin makanan lain okay taste dia.. Citarasa kita berbeza-beza. Mungkin orang lain bila rasa diaorang suka pulak kan. Tapi, untuk kami repeat pergi ke sini lagi.. mungkin tidak. Sorry sangat-sangat.
Next.. nak cuba kat mana pula ya..
okay lah.. sebagai penutup entry ni.. meh saya belanja gambar kami beraya aidil adha bersama monalisa pulak sebelum makan di tempat mahal ni.. he he he..
Love, Murni Amir.
No comments:
Post a Comment