Assalamualaikum..
Kali ni excited sangat nak cerita pasal run ni.. Saya rasa sepanjang penglibatan saya dlm dunia lari-lari sejak Januari tahun ni.. ini lah run yang paling mewah!!! Ha ha ha
Okay, Mega Maju New Generation Run 2019 ni diadakan pada 18 Ogos 2019 yang lepas di Publika. Kami cuma bayar RM35 jer. Saya join run ni sebab husband saya yang register dulu. So, saya pun ikut la jugak. Kami bayar awal 3-4 bulan sebelum kot. Sebelum hari run ni.. bila kawan-kawan tanya apa next event kau.. saya jawab Mega Maju New Generation Run. Mereka semua terpinga-pinga. Macam tak glamer gitu tau.
Sehingga la hari nak amik race kit di Publika. Haaa ni nak mula cerita pasal event run yang paling mewah kami pernah sertai. Ha ha ha.. Masa ambil race kit di Publica tu.. punya la kami terkejut bila terima bermacam-macam goodies. Kami ni tadah beg jer kat crew. Kebetulan kami ambilkan race kit untuk kawan juga.. so jadi banyak sgt. Bila dikira-kira, ada 9-10 goodies kami terima. Kami balik dari ambil goodies dengan perasan happy gila.. tak pernah ambil race kit dapat goodies payung you alls.