Assalamualaikum..
Selama ni kan.. selalu sangat dengar kawan-kawan saya yang tinggal belah utara sebut nasi lemak royale.. nasi lemak royale.. Kami hairan jugak. Sedap sangat ke nasi lemak royale ni? Lepas tu, area KL ni pun ada jugak buka cawangan nasi lemak royale tu. Yang terbaru tak silap saya di area Gombak. Dekat-dekat dengan rumah kami la tu.
So, nak dijadikan cerita awal Syawal hari tu semasa masih lagi dalam bercuti hari raya, husband saya ajak try nasi lemak royale ni. Kami pegi di area Gombak lah. Masa mula-mula tu tengok gaya macam lebih kurang nasi kandar je. Saya tak order la. Sebab saya tak berapa minat sikit dengan nasi style nasi kandar yang banyak kuah ni. Cuma husband dan anak saya sorang jer yang order.
Masa diaorang makan, saya pun cuba-cuba la rasa sejemput dua. Gila lahhh sedap pulak!!! Nasinya lembut sangat. Tapi saya still tak order la time tu..saya cuma share jer dengan anak saya. Tapi rasa sedap nasi lemak ni memang teringat-ingat sampai balik ke rumah.
So, selepas join Wangsa Maju Run tu, saya dah bisik kat husband, "Tengahari kita makan kat Nasi Lemak Royale nak?" Terus on husband saya!! ha ha ha ha.. Lagi pun masa tu dah 11 hari saya tak makan nasi. Diet katanya.. bukan diet yang yang yuk ya.. turun gak ler 2.3kg dalam masa 11 hari tu. Ha ha ha..
Tengok la ni lauk-lauknya. Ada macam-macam. Yang paling mengancam bagi saya lauk sotong. Kan saya kata saya tak suka sikit jenis banyak-banyak kuah kan.. so, saya request kuah yang sikit-sikit jer.. okay pekerja tu memang mendengar cakap saya. Bagus betul.. sikit-sikit jer kuah dia letak kat nasi saya. So, no problem untuk saya nak makan.
![]() |
Nasi lemak royal + ayam goreng + gulai sotong seekor. Tak nak sayur. |
Husband ambil nasi berlaukkan ayam goreng dan gulai telur sotong. Gila sedap kan bunyinya. Ha ha ha.. Anak saya sorang makan nasi dan ayam masak madu jer. Kuah-kuah nasi lemak dia tak mau. Sama macam saya tak pandai nak makan dengan kuah-kuah yang banyak. Anak bertuah lagi sorang pulak, orang semua makan nasi tapi dia nak makan kue teow goreng saja. Semua gambar nasi mereka saya tak snap pun.
Restauran Nasi Lemak Royale "Kedah" ni tak silap saya mula beroperasi pada Disember 2018. Masa dia mula-mula pembukaan dia, ada diberi makan free tau dulu kat orang ramai seperti gambar di bawah ni. Baiknya hati tauke.
Lagi satu yang saya suka dengan restauran ni ialah tempatnya bersih tau walaupun dah beroperasi berbulan-bulan. Lantai tu tak de la nak nampak tisu berterabur ke apa. Kan kedai mamak selalu banyak tisu-tisu jatuh kat lantai. Ahaksss.. tapi ni lapang aje tengok kedai ni. Serius bersih.
![]() |
kan.. bersihkan lantai dia.. kan kan kan.. |
So, untuk kami repeat dan repeat untuk makan lagi di Nasi Lemak Royale ni memang akan dilakukan lagi. Ha ha ha. Tak boleh la selalu. Muak juga. Tunggu la bila saya tak makan nasi sebulan ke.. time tu memang membuak-buak rasa nak makan nasi nanti. So, kepada mereka yang tinggal di kawasan berhampiran.. yang nak makan nasi lemak royale ni.. just waze, google ajer kat map Nasi Lemak Royale Kedah, KL Traders Square, Jalan Gombak. Mesti jumpa punya la.
Selamat makan ya.
Love, Murni Amir.
No comments:
Post a Comment