Sebelum benda ni basi macam cerita-cerita sebelum ni.. baik saya update cepat-cepat sementara semangat nak update masih ada. Ha ha ha ha..
Wangsa Maju Run ni diadakan pada 30 Jun 2019 yang lepas. Smlm la. Register untuk run ni berharga RM53. Dapat t-shirt, bib, refreshment slps lari dan of course la medal. Tak de medal tak de nya saya nak join. Ha ha ha ha..
Run ni diadakan di PUSPAKOM Wangsa Maju. Bersebelah dengan Sekolah Menengah Teknik (dulunya vokasional) Setapak. Ada 10km dan juga 5km. Saya dan husband amik 5 km jer la.. bukan terror mana pun kami ni. Disebabkan diadakan di PUSPAKOM Wangsa Maju je..dekat dgn rumah kami.. kami keluar rumah pukul 6.35 pagi la.. naik motor jer senang. Kat situ mana ada parking sangat. Lebih kurang 20 mnt lepas kami sampai, terus flag off. Lari ler kitaaa..
Run kali ni biasa-biasa jer. Boleh dikatakan ramai jugak.. tapi tak la seramai peserta Runvengers dulu tu. Kali ni ramai kanak-kanak sekolah rendah pulak. Mereka berlari sekali dengan cikgu mereka. Meriah!!! Mereka lari lagi laju dari saya tau. Yang kelakarnya, ada cikgu diaorang kata "Aduh, saya pun kena lari laju sikit sebab anak-anak murid saya abis lari laju ke depan". Ha ha ha.
Disebabkan ini run event yang pertama untuk saya selepas dua bulan tak lari.. so agak pancit la jugak. Nervous dia tak tau la nak cerita macam mana sebelum run tu. Bukan sebelum run jer. malam sebelum run pun dah nervouse.. ha ha ha. Dah la pancit. Selepas kilometer kedua tu pulak dia bagi 2 kali bukit tinggi. Aduh.. makcik berjalan saja la kalau bukit ni. Makcik bukit-bukit ni tak berapa gemar sangat.
![]() |
Bukit pertama |
![]() |
Bukit kedua |
Elok abis daki bukit pertama.. belok kanan terus kena dakit bukit kedua tu pulak. Ha ha ha. Dalam gambar memang la nampak tak berapa tinggi bukit ni. Korang nampak biasa-biasa je kan.. tapi.. menapak tinggi jugak la bukit ni sebenarnya. Selepas route bukit kedua tu.. dia suruh buat u-turn. Maknanya terus turun bukit. Haaa itu saya suka. Apa lagi.. kita pecut la.. ganti masa yang dah kita berjalan masa menapak ke kedua-dua bukit tu. Ada la dalam satu setengah kilometer jugak saya berjalan.
![]() |
Turun bukit. Lepas snap gambar ni terus lari. |
Alhamdulillah akhirnya.. walaupun pancit selepas dua bulan tak lari.. pastu ada dua bukit kena daki.. dapat jugak la catat masa yang standard lagi. Ha ha ha.. Husband saya pulak memang lama dah dia tinggalkan saya ke belakang. Dia jenis lari tak la laju mana pun tapi dia akan lariii ajer tak akan berhenti. Tu yang pace dia 7 lebih jer.. Kaki cap apa pun saya tak tau la dia tu. Tengok gambar kat bawah pun korang dah boleh agak perbezaan larian kami berdua.. kah kah kah.. buruknya gambar saya. Haiyaaaa..
Meh saya letak gambar yang ada rupa sikit. Ha ha ha.. Disebabkan buat di PUSPAKOM Wangsa Maju, tak de sangat port-port atau angel-angel yang cantik untuk bergambar. Tempatnya kecik saja. So kami snap lah berlatar belakangkan pencawang PUSPAKOM tu. ha ha ha..
Haaa kali ni tak de truck air milo. Dia bagi kita vico. Boleh la.. tak de la panjang barisan nak ambil air macam nak ambil air kat truck milo. Tapi, rasa sejuk dia sama jer.. cuma rasa coklat dia jer yang beza sikit. Kira boleh la.. kita minum jer. Free kan.
So, ini lah catatan masa saya untuk run kali ni. Mula-mula kecewa jugak sebab tgk kat strava masa lari tu macam terlebih. Tapi bila dah kat finish line.. kita tekan finish.. tengok-tengok ok jer saya punya rekod. Ohhh yang tadi tengok masa terlebih tu sebab saya kena tahan berhenti lari sebab polis nak bagi kereta lalu. Banyak kali gak berhenti.
Selesai satu run. Next run insya Allah pada 28 Julai 2019 di Floria Putrajaya. Saya dah tanam azam siap-siap ni. Tak mau pancit awal-awal nanti. So kena practice dari sekarang. Kita tengok la betul ke tak azam tu nak ditunaikan ke tidak. Ha ha ha.. Nanti mula la kata penatlah.. ala.. tak sempat la.. So, kita berjumpa lagi ya.
Love, Murni Amir.
No comments:
Post a Comment