Assalamualaikum,
Sebenarnya ketika kami join Unicorn Run 2019 di Cyberjaya tu, kami menginap di hotel di Putrajaya. Bukan suka-suka nak mengeluarkan duit utk duduk hotel ya. Tapi sebab malam sblm run tu suami saya ada join RHB Lekas Highway Ride 2019.. jadi adalah lebih baik kami stay di hotel sbb esoknya ada run pula. Tak perlu nak ulang alik jauh dari rumah.
Bila dah book hotel di Putrajaya, saya dah aim awal-awal nak cuba makan di Pastribella Bakeshop kepunyaan pemenang masterchef musim pertama Dr. Ezani tu. Dulu saya dah cuba restoran Hayyan Huda Opah's Kitchen milik Dr. Ezani juga di Seremban. Best restoran tu. Puas makan. So bila Dr. Ezani buka satu lagi kedai makan di Cyberjaya, memang harus untuk saya cuba.
Pastribella Bakeshop ni baru saja beroperasi.. tak pasti baru berapa bulan tapi yang pasti kurang dari setahun. Kedai ni di Tamarind Square, Cyberjaya. Saya lupa nak mention pada Dr. Ezani dan staf-staf yang location mereka letak di instagram tu salah.. location tu bawak kami ke tempat yang salah. So, kami terpaksa google Tamarind Square barulah berjaya ke lokasi yang sebenar. Tak susah pun nak cari.. sangat senang.
Masa tiba di restoran ni.. kami semua belum lunch. Jadi setiap dari kami ambil meal masing-masing. Lapar kan.. tapi sebelum dapat makanan masing-masing, ketika sedang menunggu makanan tu suami saya dah ambil kek Chocolate Salted Caramel dulu.. okay sedap.. lulus.. ha ha ha..
okay.. ini adalah meal yang kami order.. jom tgk..yang first ni ialah Miso Ginger Crispy Chicken. Ini adalah boneless chicken. Katanya diperap dahulu dengan bahan-bahan yang saya tak tahu apa bahannya.. dan kemudiannya digoreng crispy. Okay sedap.
Laila order Spegeti Carbonara With Garlic Herb Crumb. Untuk meal ni dia ada bagi 3 pilihan sama ada nak yang plain, beef bacon atau smoked duck. Laila pilih with beef bacon. Pun sedap!!
Husband pilih Chicken Red Curry with lychee and basil. Sangat istimewa saya rasa sebab kuah karinya bukan seperti kari biasa.. agak cair tapi berasa.. lepas tu dimasukkan buah laici bersama jadi kuah kari ni terasa sedikit manis seperti kari nyonya gitu. haaa..
air kami tak order.. kami cuma order plain water saja sebab anak-anak baru je lepas beli air bang bang milk tea dari Tealive sblm sampai ke Pastribella Bakeshop tu. Tapi menarik gila diaorang bagi plain water dalam botol kaca macam botol ubat ni.
Lepas makan terasa macam nak makan dessert lagi.. tapi anak-anak dah kenyang so bolehlah saya ambil dessert yang ikut tekak saya. So saya cuba rasa Pecan Tart ni. Mati-mati saya ingatkan ada perisa coklat dalam tart tu.. tapi rupanya macam jem je dalam tart tu.. tapi tak pe.. tekak masih boleh diterima sebab saya suka kacang..
Overall.. dari 10 bintang saya bagi 9 bintang. Paling sedap sampai sekarang teringat-ingat.. tergiang-ngiang.. terpikir-pikir ialah Mac n Cheese dia. Padu!!! Ha ha ha.. Tapi Saya punya Miso Ginger Crispy Chicken tu sup kosong yang diberi tidak berasa sangat.. so, saya ambil kuah dari chicken red curry suami saya punya. Baru okay..
Oh dari segi harga pula.. kami dapat diskaun RM10 kerana bayar pakai apps Maybank QRPAY. Percaya atau tidak.. total semua yang kami makan iaitu 4 meal, 2 kek dan sebotol plain water ialah hanya RM93. Bagi saya berbaloi juga dengan kualiti setiap makanan yang kami order ini.
Oh dari segi harga pula.. kami dapat diskaun RM10 kerana bayar pakai apps Maybank QRPAY. Percaya atau tidak.. total semua yang kami makan iaitu 4 meal, 2 kek dan sebotol plain water ialah hanya RM93. Bagi saya berbaloi juga dengan kualiti setiap makanan yang kami order ini.
Walaubagaimana pun.. pilihan dessert di Pastribella Bakeshop ni tidak sebanyak di Hayyan Huda Opah's Kitchen. Kalau di sana saya sampai tak tau nak pilih yang mana sebab banyak dan semua nampak sedap-sedap. Di Pastribella Bakeshop agak limied sikit dessert-dessertnya. Bila saya dah balik beberapa jam, saya tgk di instagram mereka baru keluarkan Burn Cheesecake.. aduh melepas..
Potensi untuk saya repeat ke Pastribella Bakeshop memang tinggi. Kalau ada rezeki ke sana lagi, mac n cheese la yang saya nak order nak makan sorang-sorang. Ha ha ha.. Oh ya, pada hari saya pergi ke sana, saya berpeluang jumpa Dr. Ezani juga. Bagus dia. Walaupun tokei, dia pun jaga cashier juga. Bila nampak pelanggan kedai, senyum!! Bila kita tegur dia peramah. Tanya kita dari mana, first time datang ke.. itu ini.. So, saya pun bagitau dia makanan sedap dan kami kenyang. Terus keluar dari mulut dia "Alhamdulillah".. Bagus la dia. Saya senang. Patutlah rezeki murah.
Semoga terus berjaya Dr. Ezani, Pastribella Bakeshop dan Hayyan Hudan Opah's Kitchen.
Love, Murni Amir.
selain ni, cafe cyberjaya mana yg you rasa best ye? hehe
ReplyDelete