Assalamualaikum...
Masa dok taip entry ni, dah pun 23 syawal.. Tapi saya baru nak cerita pasal bulan Ramadhan. Cam ner? Ha ha ha... Bulan Ramadhan busy sgt. Masuk Syawal pun lagi busy.
Okay lah..masa bulan Ramadhan yang lepas, bohong la kalau saya kata saya tak pegi bazar ramadhan. Muka ni tak pegi bazar Ramadhan??? Memang pembohong..ha ha ha.. Ya pegi tapi tak selalu dan kami tak pegi bazar Ramadhan yang besar-besar.. setakat yang ada jual kat tepi-tepi jalan tu jer... Kalau bazar yang besarrrr tu, aduhhhhh nampak kepala orang jer nanti.. apa makanan yang dijual pun tak nampak sbb orang ramai berpusu-pusu. Parking kereta pun satu hal lagi..
Okay meh saya nak cerita. Bila tiba bulan Ramadhan kan.. ada 3 makanan yang tidak akan kami lepaskan untuk beli sebab makanan-makanan ni hanya kami boleh dapat ketika bulan Ramadhan jer. Haaaaa dan semestinya 3 makanan ni sedap. Tak kisah kalau mahal.. janji sedap.
1. Murtabak Jai
Kenapa nama dia murtabak jai? Sbb yg buat dan menjual murtabak tu nama Jai. Jai ni kalau hari biasa dia akan jual roti canai kat gerai Cengkih di Taman Melawati. Roti canai dia sedap tau. Lembut.. Tapi bila tiba ramadhan dia akan jual murtabak di bazar ramadhan Taman Melawati juga. Kami mmg kenal Jai. Jai pun kenal kami hahahaha. So kdg2 dpt lah diskaun 50 sen. Murtabak dia serius sedap. Ada orang kata masa awal-awal ramadhan org beratur nak beli murtabak dia. Kalau bulan ramadhan, kalau nak mkn murtabak, kami beli yang jai punya je.
2. Alloy Roti John
Roti john ni pun bulan ramadhan je saya akan jumpa. Tak silap saya dah 3 tahun kot diaorang ni meniaga roti john ni. Di area Taman Melawati juga. Rotinya pendek je dan harganya RM5. Memang agak mahal tapi rasa sedap dia tu buatkan kami tak kisah pun nak beli. Kalau beli, kami akan beli 2 terus. Oh ya dia tak de perisa ayam atau daging ya. Dia hanya ada daging saja. Daging di setiap roti pun banyak. Kau request je nak mcm mana.. tak nak sayur? Tak nak sos lebih? Nak potong 3-4? Cakap je nanti diaorg ni ikut je.
3. Nasi Beriani Ayam Madu Haizar Corner
Sebenarnya dia ada jual kat satu tempat ni.. di area Kampung Klang Gate kalau bukan bulan Ramadhan. Tapi kami selalu tak jumpa.. tak nampak pun dia berniaga.. mungkin saya tak lalu kat situ ketika dia berniaga. Tapi setiap kali Ramadhan saya pasti akan jumpa. Ayam madu dia special gila la.. sedap la.. seketul tu besar pulak tu size nya. Anak-anak saya boleh share berdua. Memang puas hati dan memang tak boleh miss. Kalau nasi beriani sekali dengan ayam madu dia cas RM10. Dia bukan jual lauk ayam madu jer.. ada ayam kurma juga..lauk apa lagi ntah.. saya tak perasan sbb saya memang aim ayam masak madu saja.
Itu la 3 makanan yang tak akan saya miss setiap kali Ramadhan. Bila Ramadhan dah nak abis.. dalam 10 Ramadhan terakhir, saya akan pastikan beli ketiga-tiga food ni untuk makan sebab lepas tu tak jumpa dah.. kena tunggu Ramadhan tahun depan pulak baru boleh makan semula. Korang macam mana? Ada tak kes macam saya? Hanya jumpa makanan yang betul-betul sedap ketika Ramadhan saja.. ada? Jom citer..
Love, Murni Amir





No comments:
Post a Comment