Thursday, 27 June 2019

#7 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 / 1440H

Assalamualaikum..

Dah 24 Syawal dah pun ni... ha ha ha.. raya kan sebulan.  So, boleh jer kalau nak update mengenai raya di dalam tempoh sebulan Syawal ni.. 

You alls beraya mana tahun ni?  Macam mana raya korang?  Alhamdulillah.. raya saya tahun ni sambut di belah keluarga husband saya dulu.  Dua hari sebelum raya kami dah balik dah.  Tapi pada 2 Syawal saya dan keluarga dah balik semula ke KL.  Bak kata husband saya, dah gitu agreementnya.. Tapi.. tapi.. tapi.. bila dah balik KL pada 2 Syawal, abis semua sedara mara saya pulak tak de..Abis semua keluar beraya sana sini.  Hanya dapat beraya dua rumah makcik saja.  Yang lain-lain tak dapat nak beraya ke rumah mereka time kami cuti raya tu.  hmmmm.. tak pe.. raya kan sebulan.. 

Ini gambar-gambar photoshoot kami di rumah 3 hari sebelum hari raya.  Semangat bukan??? Hahaha ha.. mmg ada yang cakap, amboi siap photoshoot dulu.. semangatnya.. Padahal guna handphone jer pun.. bukan apa la you alls.. baik tangkap gambar awal-awal.. cantik-cantik..takut-takut bila 1 syawal nanti.. tak sempat nak tangkap gambar yang proper.. takut juga ada yang sebok mengejar makanan.  kan dah boleh makan 1 syawal tu.. ha ha ha.. baik buat siang-siang.  sebelum-sebelum ni pun kami buat mcm ni juga.. Kakak ipar tengok gambar-gambar kami ni dia pun kata "Haah ya.. betul jugak tangkap gambar awal-awal ni".. 

#6 Tiga (3) Makanan Yang Hanya Kami Jumpa Pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Masa dok taip entry ni, dah pun 23 syawal..  Tapi saya baru nak cerita pasal bulan Ramadhan.  Cam ner?  Ha ha ha... Bulan Ramadhan busy sgt.  Masuk Syawal pun lagi busy.

Okay lah..masa bulan Ramadhan yang lepas, bohong la kalau saya kata saya tak pegi bazar ramadhan.  Muka ni tak pegi bazar Ramadhan???  Memang pembohong..ha ha ha.. Ya pegi tapi tak selalu dan kami tak pegi bazar Ramadhan yang besar-besar.. setakat yang ada jual kat tepi-tepi jalan tu jer... Kalau bazar yang besarrrr tu, aduhhhhh nampak kepala orang jer nanti.. apa makanan yang dijual pun tak nampak sbb orang ramai berpusu-pusu.  Parking kereta pun satu hal lagi..

Okay meh saya nak cerita.  Bila tiba bulan Ramadhan kan.. ada 3 makanan  yang tidak akan kami lepaskan untuk beli sebab makanan-makanan ni hanya kami boleh dapat ketika bulan Ramadhan jer. Haaaaa dan semestinya 3 makanan ni sedap.  Tak kisah kalau mahal.. janji sedap.

1.  Murtabak Jai
Kenapa nama dia murtabak jai? Sbb yg buat dan menjual murtabak tu nama Jai. Jai ni kalau hari biasa dia akan jual roti canai kat gerai Cengkih di Taman Melawati. Roti canai dia sedap tau. Lembut.. Tapi bila tiba ramadhan dia akan jual murtabak di bazar ramadhan Taman Melawati juga. Kami mmg kenal Jai. Jai pun kenal kami hahahaha. So kdg2 dpt lah diskaun 50 sen. Murtabak dia serius sedap. Ada orang kata masa awal-awal ramadhan org beratur nak beli murtabak dia. Kalau bulan ramadhan, kalau nak mkn murtabak, kami beli yang jai punya je.


#5 Batik Fund Run 2019, Taiping, Perak

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya.  Ha ha ha.. apa la nak jadi lepas raya nak update.  Ada orang baca ke? Saya sibuk betul masa bulan ramadhan.  Kerja.. balik masak pula.. ada malam-malam tertentu saya pi terawih pula.. jadi bilanya nak update?  

Meh la nak cerita sikit.  Cerita sebelum puasa ni.  Dua hari sebelum berpuasa iaitu 4 Mei 2019.  Saya dan husband telah pun join Batik Fund Run 2019 di Taiping, Perak.  Ya bukan Fun Run ya.. tapi Fund Run.  Disebabkan event ni dah lepas lamaaaa.. saya pun terlupa berapa kena bayar utk masuk run ni.. yang penting tak lebih dr RM55.  Kami takkan join event yg lebih dari RM55.  

So, event ni hari Sabtu.  Hari Jumaat sebelum tu saya dah apply cuti siap2.  Tak nak amik 1/2 day.. kita cuti jer terus.  Cakap je secara jujur kita nak pi Taiping sbb ada join event on Sabtu.  Jujur itu kan bahagia.  Di Taping kami menginap di Novotel Hotel. Okay..malas nak tunjuk gambar hotel sbb benda dah lama.. 

Starting point untuk event ni kat Zoo Taiping.  Memang enjoy!!!!  Ramai juga yang join.  Kan event ni namanya Batik Fund Run.. so ramai yang pakai bertemakan batik.  Ye ler.. ada hadiah untuk pakaian terbaik lelaki dan perempuan.  Ramai gak yang pulun pakai beria-ia sangat.  Ha ha ha.. Kami idak la.. kami biashe biashe sajaaa..